twitter
rss


Salam..

minum berlebihan saat olahraga Bahaya Minum Air Berlebihan?
Bulan puasa ni, air merupakan dugaan yang paling kuat ye dak? Setiap kali buka jek puasa mesti tak sabar nak minum air dan mungkin ada yang minum bergelas – gelas. Huh! Bahaya tuhhh. Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah.
Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggilglomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.
20120403154801air Bahaya Minum Air Berlebihan?
Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.
6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya korang  memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan korang memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu.

*klu da bce 2 . . comment la . . n follow skali . . !  Gomawo !

0 comments:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...