30--->02 hb 9&10 aderla ary perkhemahan unit beruniform....tp aq mls la citer psl perkhemahan 2...aq nk citer psl mlm anugerah 2...kan puteri islam kener buat persembahan dulu...so..aq seperti biasa..relax (tp kadng2 rase gementar gak arr) nk tau aq jd watak aperw??aq jd watak gengster..melawan ckp cikgu....hahaha...dengar mcm biadap kn...tp...klakar giler...meh sini aq tau erk.....
pada suatu hari didalam kls p.islam...seperti hari2 biasa...jika tiada guru..maka keadaan dlm k;as e2..akn jd riuh rendah....
tiba....
Alyah : wey2!cikgu mai wey...
aq dok diam2 kat tepi pintu...
cikgu : knok..knok...knok...
ummul : masuk jer la klu x malu!!!
pas2..cikgu pown msk la..aq pown aperw g...
ummul : mmg x malu tol la cikgu nie...
alyah : fuyooo cantek argh cikgu nie...
murid2 : pewit!!!!!!!
humairah : selamat pg cikgu!!
murid2 : selamat pg cikgu!
cikgu : slamat pg semua...duduk2...
murid2 : terima kasih cikgu!!!
cikgu : nm cikgu peah bt sameon...cikgu ganti cikgu syazali b ramli....
murid2:oooooo
cikgu : cikgu syazali msk hopital sbb trtelan kulit durian...
murid2 : ish!!4x
cikgu : eh!silap2...dier tercekik biji durian...
murid2:oooooo....kesian.../
alyah : cikgu2...bleh g tandas x???
cikgu : x leh..duduk situ diam2..
husnina pown g la dpn...
cikgu : kenapa kamu dtg sini??
nina : sbb cikgu panggil sy....
cikgu : kenaperw??nm kamu diam kerw??
nina : ermmmmm....lebih krg..tp..nm pnjg sy.diam bt senyap b sunyi..
solehah : cikgu2!!nm porpular dier kn...
murid2 : shhhhhhhhhhhhhh!!!
nina : oh!porpular nyer aq...
cikgu : kamu semua nie tompok2 betulla...
pas2 aderw la sorang bdk nie brdiri..
cikgu : knpa kamu brdiri nie???
murid : sbb cikgu panggil nm sayer..
cikgu : naper?? nm kamu tompok kerw???
murid : bkn3..nm sy...tompok bt belang b putih
anis : cikgu2...nm porpular dier kn...
murid2 : meowww!!!
cikgu : mcm2 la kamu nie...
pas2 anis ngan solehah pown bisik2 psl cikgu 2...
anis : wey!hg nk tau ..cikgu 2 kn...
cikgu : hey kamu yg berbisk 2 bangun!yg bju merah 2...
solehah : ala cikgu!bisik skit2 x ley kerw??
cikgu : x ley!!yg kamu yg pakai baju warna merah nie..aperw nm kamu...
anis : nm sy halimah bt jo b ngang..
fariza : cikgu2...nm porpular dier kn...
murid2 : Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang
Teman,
Dengan segugus keyakinan
Ku capai sebatang pen dan sekeping kertas
Lalu, ku gagahi jari- jemari ini
untuk membaikan segugus bicara
Suka-duka, pahit manis bersamamu,
Setiap kali memori itu singgah di kamar fikiranmu.
Teman,
Kenangan indah bersamamu
Bagaikan rakaman kaset
Yang sentiasa berputar
Mengimbas kembali setiap
detik bersamamu.
Jikalau ada ruang untukku bertanya,
Mengapa perpisahan???
Menjadi perantaraan antara kita.
Ku sisihkan perasaanku yang
Berantingkan kedukaan
Berdaunkan keresahan
Berbungakan kekesalan……
Pernahkan kau terfikir
Aku juga insan sepertimu
Yang mengharapkan penghargaan.
Teman,
Jika aq menjadi sejarah keresahanmu,
Jika aq menjadi keegoan remajamu,
MAAFkan aq,
Anggaplah aku insan yang tidak pernah engkau kenali,
Insan yang tidak pernah singgah di HATImu
Aku hanya mempunyai sekeping hati,
Yang pernah dihempap kekecewaan
Namun kukutip dan kucantum kembali
Menjadi sebuah tugu PERSAHABATAN DI HATI.
Cuma satu harapanku,
Andai aq masih dihatimu,
Siramilah persahabatan ini dengan
embun kemesraan
Bajailah dengan setulus keikhlasan,
Agar kuntumnya memekar kembali…
nie kisah psl seorang mak yg menyuruh c ank yg brnm ATAN ke rmh CIK YAM untuk menghantar juadah puasa untuk berbuka......
Maka brmulalah ceritanya...
Mak:Atan!Owh Atan!Tolong mak antar kuih nie boleh?
Atan yg masih trtidow tibe2 trkejut dgn panggilan maknye yg mcm raksasa 2.....
Atan:Pukul brapa nie?Ermmm..Kacau la!
Mak:Bngun la Atan!Tolong mak nie cepat!Atan cepat sket!
Atan:Huargh!Yer la!Yer la!
Atan yg masih mamai dgn slamber nyer brkater....
Atan:Ader aper nie mak?Asyik sebut ketupat....ketupat nie?
Mak:Ketupak kejadah kaw!Mak suruh kaw cepat!Nie ha..tolong antar juadah berbuka nie kat umah CIK YAM..
Atan:upah?
Mak:yg kaw mkn ary2 2 kire upah la 2..
Atan:Yer la!Yer la!Kecoh tol!
Walaubagaimana pun..Atan masih lgi mengantuk...dlm keadaan yg ngantuk 2..tiber2...Mak Atan trnampakAtan pergi melalui jln blakang rumahnyer...
Mak:Better aq follow dier.
Atan:Assalammualaikum...
Mak:???
Atan:CIK YAM!Nie mak ader kirim juadah brbuka..Meh la amik..
Mak (dlm aty):Aq srh g umh CIK YAM..dier g reban ayam nie buat per?
Akhir nyer..kiter tau la capa CIK YAM yg sebena nyer...
moralnyer:klu nk buat kejer 2..jng la buat dlm keadaan yg mamai...nanti lain jdnyer......&lain kali ckp la penuh2....
coment banyak tau...dan klu dah coment 2 x kn x reti2 nk follow kowt kn....
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut....
klu nk dengar......tengok video nie...
Awan memang cantik lagi-lagi apabila ia membentuk sesuatu.:)
bulu pelepah...
ikan...
helang...
naga terbang...:)
love.....<3
kucing...
tangan...
bintang....
cantik x???tapi yg aq peliknya...kenapa yg tangan 2 langit nya wana ungu???pelik kan...hahahahaha......
4 perkara berharga dalam diri manusia :
1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan
keburukan orang lain.
4 Amalan paling sulit dilakukan :
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya.
4 Perkara yang diketahui :
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa
bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akansentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kalidalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.